MAKLUMAN

KEPADA PEMBELI, DIGALAKKAN UNTUK MENGISI BORANG DI SEBELAH KANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SEMASA MEMESAN BUKU.

JUGA DINASIHATKAN AGAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS LAJU (SUDAH BEBERAPA KES HANTAR PAKAI POS BIASA TAPI TAK SAMPAI). SEBARANG PENGHANTARAN POS SECARA BIASA, PIHAK KAMI TIDAK LAGI AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENGGANTKANNYA DENGAN YANG LAIN SEKIRANYA TIDAK SAMPAI ATAU ROSAK DI TENGAH JALAN!

HANYA DENGAN MENAMBAH RM 10.00, INSYA-ALLAH PESANAN AKAN SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA!

Sunday, February 14, 2010

Panduan Latihan Mengajar (Abdul Rahim Abdul Rashid ) : RM 10.00

Tajuk : Panduan Latihan Mengajar
Penulis : Abdul Rahim Abdul Rashid
Penerbit : DBP
Tahun : 1996 (cetakan ke-2)
Halaman : 172 m/s
Kondisi : Masih elok semuanya

Rebiu :

Buku ini ditulis oleh empat orang pensyarah yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam program latihan mengajar di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mereka ialah, Abdul Rahim bin Abdul Rashid, Jabatan Pendidikan Sains Sosial, Abdul Aziz bin Abdul Talib, Jabatan Pendidikan Bahasa, Abdul Ghafar bin Md. Din, Jabataan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan dan Mohamad Haron, Jabatan Pendidikan Bahasa.


Buku ini memberi tumpuan dan bimbingan tentang aspek-aspek penting dalam latihan mengajar. Buku ini mengandungi 12 bab. Setiap bab dinyatakan dengan jelas objektifnya. Tajuk untuk setiap bab ialah:


Bab 1: Perspektif Latihan Mengajar


Bab 2: Buku Persediaan Mengajar


Bab 3: Menyediakan Rancangan Pelajaran


Bab 4: Penggunaan Bahan dan Alat Bantu Mengajar


Bab 5: Perbezaan Individu di Kalangan Pelajar: Apakah Implikasinya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran?


Bab 6: Kaedah dan Teknik Pengajaran


Bab 7: Disiplin Pelajar dan Pengawalan Bilik Darjah.


Bab 8: Personaliti Guru: Apakah Aspek-aspek Yang Positif?


Bab 9: Teknik Penyoalan, Pengujian dan Penilaian.


Bab 10:Penyeliaan Guru Pelatih.


Bab 11:Guru dan Kegiatan Sekolah


Bab 12:Peningkatan Profesionalisme Guru Pelatih.


Buku ini lebih memberi penekanan kepada amalan praktikal dalam latihan mengajar. Teknik persembahan buku ini memudahkan guru-guru pelatih menguasai dan memahami dengan lebih mudah tentang pengetahuan yang dikemukakan dalam tiap-tiap bab. Penulisan bab-bab juga memudahkan pengguna menyesuaikan dengan aspek-aspek teori dan praktikal latihan guru. Buku ini sesuai digunakan oleh guru-guru pelatih di peringkat maktab perguruan dan universiti. Para pensyarah maktab perguruan juga boleh menggunakan sebagai panduan untuk menyediakan guru-guru pelatih sebelum, semasa dan selepas mengikuti latihan mengajar di sekolah.


Buku Panduan Latihan Mengajar boleh memberi panduan dan bimbingan bagi membolehkan guru-guru pelatih menggunakannya untuk memperbaiki atau meningkatkan prestasi pengajaran mereka di bilik darjah. Aspek-aspek yang disentuh dalam buku ini amat berfaedah dan sesuai untuk membantu guru-guru pelatih menambah kemahiran mereka dalam latihan mengajar.


sumber rebiu : ahmad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP