MAKLUMAN

KEPADA PEMBELI, DIGALAKKAN UNTUK MENGISI BORANG DI SEBELAH KANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SEMASA MEMESAN BUKU.

JUGA DINASIHATKAN AGAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS LAJU (SUDAH BEBERAPA KES HANTAR PAKAI POS BIASA TAPI TAK SAMPAI). SEBARANG PENGHANTARAN POS SECARA BIASA, PIHAK KAMI TIDAK LAGI AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENGGANTKANNYA DENGAN YANG LAIN SEKIRANYA TIDAK SAMPAI ATAU ROSAK DI TENGAH JALAN!

HANYA DENGAN MENAMBAH RM 10.00, INSYA-ALLAH PESANAN AKAN SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA!

Sunday, February 14, 2010

Tunnels (Terowong) (Rederick Gordon & Brian Williams) : RM 25.00

Tajuk : Tunnels (Terowong) - karya terjemahan
Penulis : Rederick Gordon & Brian Williams
Penerbit : PTS
Tahun : 2008
Halaman : 458 m/s
Kondisi : Masih elok semuanya

Sinopsis :

Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.

Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.

Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.

Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.

Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.

sinopsis dari : Kedai Buku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP