MAKLUMAN

KEPADA PEMBELI, DIGALAKKAN UNTUK MENGISI BORANG DI SEBELAH KANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SEMASA MEMESAN BUKU.

JUGA DINASIHATKAN AGAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS LAJU (SUDAH BEBERAPA KES HANTAR PAKAI POS BIASA TAPI TAK SAMPAI). SEBARANG PENGHANTARAN POS SECARA BIASA, PIHAK KAMI TIDAK LAGI AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENGGANTKANNYA DENGAN YANG LAIN SEKIRANYA TIDAK SAMPAI ATAU ROSAK DI TENGAH JALAN!

HANYA DENGAN MENAMBAH RM 10.00, INSYA-ALLAH PESANAN AKAN SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA!

Sunday, April 17, 2011

Busana Melayu Serumpun : RM 40.00

Tajuk : Busana Melayu Serumpun
Penulis : Abdul Latif Abu Bakar
Penerbit: Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
Tahun : 2004
Halaman : 158 m/s
Kondisi : Masih elok semuanya
Status : Untuk Tempahan (bergantung pada stok)
Penghantaran dalam masa seminggu atau dua minggu.

UlasanBuku ini menghimpunkan sebanyak lapan artikel mengenai busana tari dan busana perkahwinan Melayu yang ditulis oleb pengkaji dan penyelidik budaya di Malaysia dan Indonesia. Kepelbagaian etnik di Malaysia telah menvariasikan pakaian tari masyarakatnya sesuai dengan jati diri budaya setiap etnik. Prof. Dr. Siti Zainon Ismail telah memperkatakan tentang pakaian dan perhiasan sebagai unsur yang melengkapkan struktur tarian di Selangor; ditinjau dari sudut sejarah dan sosiobudaya dengan meletakkan zaman abad ke-14 hingga 19 (Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu Jobor) sebagai period kajian. Selanjutnya Mohd. Nefi Imran menyeluruhkan kajian ke atas busana tarian Melayu di Festival Tari Kebangsaan Malaysia dengan pemerincian pada aksoserinya.

Sementara itu, Ibnu Hajar Emha menggambarkan estetika warisan busana Pulau Bangka yang ada kaitan dengan tradisi pakaian masyarakat Melayu di zaman Kesultanan Johor. Demikian juga tradisi pakaian etnik Melayu Jambi yang banyak menerima pengaruh tradisi berpakaian di zaman Kesultanan Melayu Melaka. lni ada dijelaskan oleb budayawan Jambi, Ibu Riswani. Beliau juga turut menyenaraikan pakaian adat perkahwinan Melayu Jambi di daerah Bunga Tebo. Baju kurung Minangkabau popular di kalangan masyarakat Melayu baik di Indonesia mahupun Malaysia.

Dalam tulisannya, Drs. Mohd. Nefi Imram dan Idawati Syarif menghalusi falsafah pakaian adat Minangkabau yang penuh dengan nilai estetikanya. Perbincangan mengenai tradisi pakaian masyarakat Minang dilanjutkan pula oleh Hjh. Shahlinar Udin. Mirza Indah Wati pula tampil dengan busana pengantin Palembang manakala A. Muin Ikram dengan tradisi pakaian adat Melayu Kalimantan Barat. Turut dimuatkan dalam buku ini ialab pemerian pakaian adat datuk penghulu dan bonda kandung melalui ungkapan puisi teromba dalam dialek masyarakat Sumatera Barat.

Buku ini akan menjadi panduan dan rujukan pemimpin adat, pengkaji dan peminat seni budaya Melayu, pelajar di institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah, dan sesiapa yang berminat untuk mengenali busana tari dan perkahwinan di rumpun Melayu.



Kandungan

1. Pakaian dan Hiasan dalam Tarian Tradisional Malaysia - Siti Zainon Ismail
2. Busana dan Aksesori dalam Festival Tari Kebangsaan - Mohd Nefi Imran
3. Baju Telok Belangak dan Adat Pengantin Bangka - Ibnu Hadjar Emha
4. Busana Adat Pengantin Melayu Jambi (Bungo Tebo) - Riswani
5. Busana Baju Kurung Minangkabau - Hjh. Syahlinar Udin
6. Pakaian Adat Pengantin Palembang - Mirza Indah Dewi
7. Pakaian Adat Melayu Kalimantan Barat - A. Muin Ikram
8. Falsafah Adat Pemakaian Pengantin Minangkabau - Mohd Nefj Imran dan Idawati Syarif
9. Ungkapan Pakaian Adat Minangkabau - Musra Dahrizal Katik Jo Mangkuto
10. Koleksi Busana Melayu Serumpun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP