MAKLUMAN

KEPADA PEMBELI, DIGALAKKAN UNTUK MENGISI BORANG DI SEBELAH KANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SEMASA MEMESAN BUKU.

JUGA DINASIHATKAN AGAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS LAJU (SUDAH BEBERAPA KES HANTAR PAKAI POS BIASA TAPI TAK SAMPAI). SEBARANG PENGHANTARAN POS SECARA BIASA, PIHAK KAMI TIDAK LAGI AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENGGANTKANNYA DENGAN YANG LAIN SEKIRANYA TIDAK SAMPAI ATAU ROSAK DI TENGAH JALAN!

HANYA DENGAN MENAMBAH RM 10.00, INSYA-ALLAH PESANAN AKAN SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA!

Thursday, April 21, 2011

Merentas Laluan : RM 18.00

Tajuk : Merentas Laluan (Autobiografi)
Penulis : Zaharah Nawawi
Penerbit: DBP
Tahun : 2004
Halaman : 286 m/s
Kondisi : Masih elok semuanya
Harga Asal : RM 23.00

SinopsisPada 4 Mei 1996, Zaharah Nawawi telah menerima pengiktirafan selaku pemenang S.E.A. Write Award. Inilah hadiah hari jadi paling besar pernah Zaharah Nawawi terima. Bagi Zaharah, berita tersebut menjelmakan satu kejutan. Jika diukur berdasarkan kritikan negatif yang begitu hebat, dia tidak terfikir bahawa novel Anugerah bakal memberikan anugerah istimewa buat dirinya. Inilah saat paling gemilang dan paling menggembirakan buat Zaharah sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, dunia yang diidamkannya sejak dibangku sekolah, bidang yang berjaya diceburi setelah melalui peristiwa pahit getir sejak zaman kanak-kanak.

Ikuti pengalaman suka duka Zaharah dalam Merentas Laluan Autobiografi Zaharah Nawawi, penulis yang pernah suatu ketika hanya mampu menyuap nasi berlaukkan garam, bersusah-payah merentas laluan hidupnya demi mencapai cita-cita. Sekiranya anda juga mempunyai pengalaman penuh ranjau dan liku, anda juga boleh memanfaatkannya menjadi sebuah bahan kreatif seperti ini."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP