MAKLUMAN

KEPADA PEMBELI, DIGALAKKAN UNTUK MENGISI BORANG DI SEBELAH KANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SEMASA MEMESAN BUKU.

JUGA DINASIHATKAN AGAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS LAJU (SUDAH BEBERAPA KES HANTAR PAKAI POS BIASA TAPI TAK SAMPAI). SEBARANG PENGHANTARAN POS SECARA BIASA, PIHAK KAMI TIDAK LAGI AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENGGANTKANNYA DENGAN YANG LAIN SEKIRANYA TIDAK SAMPAI ATAU ROSAK DI TENGAH JALAN!

HANYA DENGAN MENAMBAH RM 10.00, INSYA-ALLAH PESANAN AKAN SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA!

Wednesday, April 20, 2011

Pakai Patut Melayu : RM 35.00

Tajuk : Pakai Patut Melayu
Penulis : Mohd Said Sulaiman
Penerbit:UKM
Tahun : 2008
Halaman : 110 m/s
Kondisi : Masih elok semuanya
Status : Untuk Tempahan (bergantung pada stok) Penghantaran dalam masa seminggu atau dua minggu.

SinopsisPakai Patut Melayu, sebuah karya klasik yang boleh menjadi panduan tertib pakaian Melayu terutamanya yang dipakai di Johor. Buku ini menampilkan perkembangan reka bentuk persalinan, lelaki dan perempuan sama ada cara gaya pakaian biasa; pakaian Kehormatan Barat; pakaian kanak-kanak mahupun pakaian istiadat.

Semasa hayatnya, Mejar Dato' Haji Mohd said Haji Sulaiman (1876-1955) sering kali memupuk minat yang tinggi dalam dunia penulisan dan banyak menghasilkan pelbagai jenis rencana. Atas kegigihannya juga beliau berterusan menulis sehinga berjaya melahirkan lebih daripada 88 buah buku dalam pelbagai tema. Pakai Patut Melayu yang asalnya diterbitkan dalam tulisan Jawi pada 1931M/1349H, bolehlah dianggap sebagai sebahagian daripada khazanah keilmuan Melayu, kini diterbitkan semula secara bersama dengan versi Rumi.

Karya ini sedikit sebanyak menyumbang dalam membina korpus ilmiah serta mengembalikan semula kegemilangan penulis dalam memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang yang suatu ketika dahulu amat disegani ketokohannya sebagai seorang pengkarya dan pentadbir di Johor. Jasa-jasa beliau yang amat berpengetahuan luas, tetap dikenang dan disanjung oleh ekrajaan Johor. Beliau telah dianugerahi bintang kebesaran, antaranya Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) dan Darjah Kerabat Johor (DK) iaiatu suatu anugerah penghormatan tertinggi dariapda D.Y.M.M. Sultan Ibrahim. Di samping itu, beliau juga menyandang pangkat Mejar kerana penglibatannya dalam Johor Military Force.

MEJAR DATO' HAJI MOHD SAID HAJI SULAIMAN adalah seorang pengarang buku tersohor di Johor. Beliau juga ada seorang tokoh ilmuan yang berkaliber, khususnya dalam memperlihatkan keistimewaan dan keunikan cara berpakaian orang Melayu zaman silam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP