MAKLUMAN

KEPADA PEMBELI, DIGALAKKAN UNTUK MENGISI BORANG DI SEBELAH KANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SEMASA MEMESAN BUKU.

JUGA DINASIHATKAN AGAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS LAJU (SUDAH BEBERAPA KES HANTAR PAKAI POS BIASA TAPI TAK SAMPAI). SEBARANG PENGHANTARAN POS SECARA BIASA, PIHAK KAMI TIDAK LAGI AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENGGANTKANNYA DENGAN YANG LAIN SEKIRANYA TIDAK SAMPAI ATAU ROSAK DI TENGAH JALAN!

HANYA DENGAN MENAMBAH RM 10.00, INSYA-ALLAH PESANAN AKAN SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA!

Tuesday, April 19, 2011

Sihir Suatu Amalan Kebatinan : RM 80.00

Tajuk : Sihir Suatu Amalan Kebatinan
Penulis : Amran Kasimin
Penerbit: UKM
Tahun : 2009
Halaman : 343 m/s
Kondisi : Masih elok semuanya
Status : Untuk Tempahan (bergantung pada stok)
Penghantaran dalam masa seminggu atau dua minggu.

SinopsisIslam melarang dan menganggap sihir sebagai salah satu dosa besar yang membinasakan. Namun, oleh kerana ia menghasilkan natijah luar biasa, menarik, mengelirukan dan adakalanya berupaya mengatasi masalah manusia setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, amalan sihir ini terus diamalkan secara tersembunyi atau terang-terangan seolah-olah amalan ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, apatah lagi usaha untuk menghalangnya seumpama tidak wujud dan jelas.

Sihir tidak mudah dihuraikan untuk difahami dan diyakini, namun amalan ini tetap dapat dijelaskan berdasarkan kepada unsur-unsur sihir itu sendiri, iaitu sesuatu amalan yang tersembunyi, natijahnya mencarik adat, tidak dapat difikiri logiknya, bukan hakikat, dan yang paling utama, sihir tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau saudara.

Amalan sihir dalam masyarakat Melayu adalah adunan daripada pengaruh animisme, Hindu-Buddha dan unsur-unsur Islam. Dari sinilah lahirnya istilah jampi, mantera, serapah dan doa. Pengaruh animisme yang begitu mendalam dalam pemahaman masyarakat Melayu menyebabkan amalan sihir, yang melibatkan jin-jin tadi bercampur-aduk dengan amalan-amalan pengaruh Islam, menyebabkan timbulnya pelbagai kecelaruan masyarakat sehingga kini.

Unsur-unsur Islam yang terdapat dalam amalan ini, yang diselit-selitkan dalam ungkapan jampi mantera dan serapah yang dituturkan, juga upacara-upacara yang dilakukan, amalan-amalan yang mesti dipatuhi ketika menuntut, juga pengijazahan, termasuk pantang-larang dan fatwa-fatwa atau syarat yang kelihatan seumpama sebahagian daripada ajaran Islam menyebabkan amalan sihir sering dianggap sebagai salah satu amalan bertakarub (menghampirkan diri pada Allah), apatah lagi dengan adanya penglibatan individu tertentu yang dilakukan dengan ikhlas, ataupun untuk memperoleh ilmu kebatinan yang melibatkan rawatan, atau ilmu kebatinan mempertahankan diri, pada hal mereka pada hakikatnya terjebak dengan amalan sihir, yang akhirnya tidak berupaya melepaskan diri daripada ilmu yang melibatkai jin-jin, untuk hidup seperti manusia biasa.

Amalan sihir dalam masyarakat Melayu terus berlaku tanpa adanya usaha-usaha untuk mengatasi atau membenterasnya secara efektif kerana kurang pemahaman mengenainya oleh mereka yang terlibat; golongan agama juga oleh mereka yang berautoriti, dan akibat penafian sesetengah masyarakat tentang kewujudannya, juga amalan sihir yang tidak mudah untuk dibuktikan atau dihuraikan untuk mengatakan bahawa amalan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Kandungan

Senarai Rajah
Prakata

BAB 1 Teori Sihir Berasaskan Agama dan Bukan Agama
BAB 2 Sihir dalam Alam Melayu: Pandangan Perspektif Islam
BAB 3 Pembelajaran Amalan Kebatinan secara Langsung
BAB 4 Pembelajaran Amalan Kebatinan di Luar Kesedaran
BAB 5 Kecelaruan Konsep dan Praktis Sihir
JAB 6 Sihir sebagai Satu Amalan Kebatinan yang Menyesatkan

Lampiran
Rujukan
Indeks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP