MAKLUMAN

KEPADA PEMBELI, DIGALAKKAN UNTUK MENGISI BORANG DI SEBELAH KANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SEMASA MEMESAN BUKU.

JUGA DINASIHATKAN AGAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS LAJU (SUDAH BEBERAPA KES HANTAR PAKAI POS BIASA TAPI TAK SAMPAI). SEBARANG PENGHANTARAN POS SECARA BIASA, PIHAK KAMI TIDAK LAGI AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENGGANTKANNYA DENGAN YANG LAIN SEKIRANYA TIDAK SAMPAI ATAU ROSAK DI TENGAH JALAN!

HANYA DENGAN MENAMBAH RM 10.00, INSYA-ALLAH PESANAN AKAN SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA!

Tuesday, June 14, 2011

Kesusasteraan Dan Undang-Undang : RM 40.00

Tajuk : Kesusasteraan Dan Undang-Undang
Penyelenggara: Mohamad Mokhtar Hassan, Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi, Bazrul Bahaman
Penerbit :
Tahun : 2003 (Cetakan Ke-2)
Halaman : 396 m/s

UlasanKesusasteraan dan Undang-undang merupakan buku yang julung-julung kalinya diterbitkan membincangkan hubungan antara kesusasteraan dengan undang-undang. Buku ini menghimpunkan sejumlah 23 makalah yang memperkatakan hubungan antara kedua-dua disiplin itu daripada berbagai-bagai aspek. Untuk memudahkan pembaca, buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian I: "Penulis, Penerbit, Karya dan Undang-undang"; Bahagian II: "Sastera Undang-undang dan Ketatanegaraan"; Bahagian III: "Undang- undang dalam Sastera" dan Bahagian IV: "Sastera Undang-undang dan Persoalan Bahasa". Dengan perbincangan yang cukup luas dan mendalam, buku ini amat bermanfaat bukan sahaja kepada pencinta sastera tetapi juga kepada penerbit buku, penggubal undang-undang, sejarawan, budayawan, ahli politik, ahli bahasa, ahli akademik dan para pelajar institusi pengajian tinggi.

BAHAGIAN I: PENULIS, PENERBIT, KARYA DAN UNDANG-UNDANG

Ida Madieha Abdul Ghani Azmi - Hak Cipta, Kreativiti dan 'Content Regulation' Pada Alaf Baru

Kamal Halili Hassan - Penulis dan Undang-undang Fitnah

Faridah Jalil - Kebebasan Berkarya dari Perspektif Undang-undang Perlembagaan

Abdul Razak Mohd. Kassim - Jenayah dalam Dunia Kreatif: Fenomena yang Perlu Ditangani Dengan Bijaksana

Sahlan Mohd. Saman - Perlanggaran Hak dalam Sastera Melayu


BAHAGIAN II: SASTERA UNDANG-UNDANG DAN KETATANEGARAAN

Abdullah Zakaria - Sastera Undang-undang: Satu Perspektif Sejarah

Norazit Selat - Undang-undang Adat Perpatih

Abu Hassan Sham - Kedudukan Lelaki dan Wanita dalam Hukum Kanun

Jelani Harun - Idealisme Keadilan Undang-undang: Karya Ketatanegaraan Sebagai Respons Intelektual Terhadap Undang-undang Adat Melayu

Rahimin Affandi Abd. Rahim - Pengamalan Ilmu Usul AI-Fiqh di dalam Sastera Undang-undang Melayu: Satu Analisis

Zainal Abidin Borhan - Struktur dan Organisasi Palitik Melayu Tradisi: Satu Telaah dari Adat Raja-raja Melayu


BAHAGIAN III: UNDANG-UNDANG DALAM SASTERA

Bazrul Bahaman - Undang-undang dalam Nyanyi Panjang Bujang Tan Domang

Norhayati Ab. Rahman dan Zahir Ahmad - Hak dan Kebebasan Wanita dalam Teks Sastera Melayu

Kamaruzzaman A. Kadir - Persoalan Ketidakadilan dalam Puisi Melayu Moden

Mohamad Mokhtar Hassan - Hukuman dan Undang-undang: Konsep Keadilan dalam Karya-karya Usman Awang

Hamzah Hamdani - Undang-undang dalam Novel-novel Melayu

Ramli Isin - Protes dan Fitnah dalam Novel-novel Melayu

Rahmah Bujang - Pelanggaran Perundangan Hidup dalam Drama Melayu

Hashim Awang - Pendisiplinan dalam Penulisan Kritikan Sastera


BAHAGIAN IV: SASTERA UNDANG-UNDANG DAN PERSOALAN BAHASA

Nik Safiah Karim - Gaya Bahasa dalam Sastera Undang-undang

Nuwairi Haji Khaza'ai - Teks Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak Larasnya atau Gayanya?

Sanat Md. Nasir - Undang-undang Sastera, Sastera Undang-undang dan Undang-undang Bahasa

Ab. Razak Ab. Karim - Warkah-warkah Perjanjian Melayu Lama: Suatu Analisis Genre

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP