MAKLUMAN

KEPADA PEMBELI, DIGALAKKAN UNTUK MENGISI BORANG DI SEBELAH KANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SEMASA MEMESAN BUKU.

JUGA DINASIHATKAN AGAR MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS LAJU (SUDAH BEBERAPA KES HANTAR PAKAI POS BIASA TAPI TAK SAMPAI). SEBARANG PENGHANTARAN POS SECARA BIASA, PIHAK KAMI TIDAK LAGI AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENGGANTKANNYA DENGAN YANG LAIN SEKIRANYA TIDAK SAMPAI ATAU ROSAK DI TENGAH JALAN!

HANYA DENGAN MENAMBAH RM 10.00, INSYA-ALLAH PESANAN AKAN SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA!

Wednesday, July 20, 2011

Odisi Bukan Biru : RM 17.00

Tajuk : Odisi Bukan Biru
Penulis : John Norafizan
Penerbit : Jemari Seni
Tahun : 2009
Halaman : 478 m/s
Harga Asal : RM 20.00

UlasanKata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti!

Kini ibu tiada lagi untuk bercerita. Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?

Katanya....
Jika tidak kerana Qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini.
Jika tidak kerana Qistina, mungkin aku masih dalam sangsi.
Qistina yang misteri. Qistina yang penuh dengan seribu teka-teki.

Teka teki apakah itu hingga menyebabkan dia sanggup menempuh seribu misteri dan melintasi Selat Bosporus? Dan siapa pula Qistina di hatinya?

Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP